Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin. Foto: Warisan

ADUN Karamunting keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat

ByTVS

SANDAKAN, 4 Mac : Mahu kestabilan berpolitik di Sabah kembali utuh menjadi pendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah hari ini dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Menurut beliau, rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan  perkembangan dan kemajuan di Sabah termasuk kawasan Karamunting menjadi perlahan.

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam satu kenyataan di Sandakan.

George memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada 2018 dan 2020. Beliau pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama dua tahun.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepada beliau dalam arena politik.

“Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, di samping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan