Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar Limbang akan dilengkapi sistem parkur berbayar tahun ini. Foto: TVS.

Bandar Limbang laksana sistem parkir berbayar tahun ini

LIMBANG, 4 Mac: Majlis Daerah Limbang (MDL) akan melaksanakan sistem parkir berbayar di bandar ini bermula tahun ini.

Wali Kotanya, Kaunselor Sufian Mohat berkata Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan inisiatif berkenaan pada tahun lepas untuk dilaksanakan di bawah MDL.

Kaunselor Sufian Mohat berucap pada Program Komuniti Bersama Ahli Majlis di Purnama Hotel di sini hari ini. Foto: TVS.

“Ada tiga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di seluruh Sarawak telahpun diluluskan sistem parker berbayar, termasuklah MDL yang telahpun diluluskan oleh pihak kementerian pada tahun lepas.

“Jadi bermula pada tahun lepas juga apabila diluluskan kami pasukan MDL bersama dengan ahli-ahli majlis telahpun membuat dan menghasilkan satu kertas kerja untuk kita bentang semula kepada pihak kementerian, dan berusaha sebaiknya untuk laksanakannya pada tahun ini,” katanya pada Program Komuniti Bersama Ahli Majlis di Purnama Hotel di sini hari ini.

Sementara menurut Kaunselor Frederick Lalong, perlaksanaan parkir berbayar itu sejajar dengan pembangunan bandar Limbang yang pada masa ini semakin pesat dan membangun.

Beliau berharap ketua masyarakat di daerah Limbang agar berkongsi maklumat berkenaan sebagai persiapan awal sebelum sistem parkir berbayar dilaksanakan kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan