Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 Sarawak: 405 kes baharu, 494 pulih, satu kematian

ByFreddy Bohari

KUCHING: Sarawak mencatatkan 405 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 289 atau 71.36 peratus daripada jumlah kes ini dikesan di Kapit, Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching.

Ini meningkatkan jumlah keseluruhan kes kepada 36,726.

Hari ini satu kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini meningkatkan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 kepada 212.

Kes kematian ke-212 adalah kes ke-32,392 yang melibatkan seorang lelaki warga Sarawak berumur 43 tahun dari Daerah Beluru yang mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.

Kes didapati bergejala demam dan mengalami batuk sejak tiga hari yang lepas sebelum mendapatkan rawatan. Swab pada 03 Mei lepas bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Keadaan kesihatan semakin merosot dan pesakit disahkan meninggal dunia semalam (11 Mei). Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik.

Hari ini terdapat 494 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang sudah pulih atau dibenarkan pulang sebanyak 29,890 orang atau 81.39% daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan tujuh kluster baharu.

Kluster Nanga Skrang di Sri Aman merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Skrang Ulu di Daerah Sri Aman. Seramai 66 individu telah disaring di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 28 kes didapati negatif, dan 11 kes individu masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah ditempatkan di PKRC Sri Aman, PKRC Betong dan PKRC Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Skim Penempatan Stapok merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah skim penempatan di Stapok, Kuching. Seramai 117 individu telah disaring di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 57 kes didapati negatif, dan 34 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Lima kluster baharu diisytiharkan di Daerah Kuching pada hari ini, iaitu Kluster Asia Villa,  Kluster Jalan Rubber, Kluster Konsortium Bumi, Kluster KEMAS, dan Kluster Singgahsana Lodge.

Sebanyak 83 kluster masih aktif, dengan 11 kluster merekodkan 44 penambahan kes baharu manakala 72 kluster lagi tidak merekodkan penambahan kes.

Hari ini, Daerah Julau kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di:

  • Rh Jangi anak Jambai, KM1, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu (10 – 23 Mei 2021);
  • Kuarters Pekerja Samling Reforestation, Sg Mas, Samarakan Bintulu (10 – 23 Mei 2021);
  • Rh Musa anak Asit, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (10 -23 Mei 2021);
  • Rh Gerena anak Pi, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (10 – 23 Mei 2021);
  • Blok LL2, Local Lodge, Samalaju Industrial Park, Bintulu (10 – 23 Mei 2021);
  • Blok Q, Flat Sg Plan, Bintulu (10 – 23 Mei 2021);
  • Rh Jeli anak Gaun, Sungai Muput, Tatau (10 – 23 Mei 2021);
  • Rh. Sulu anak Jambai, Sg Senga, Pandan, Sebauh (10 – 23 Mei 2021);
  • Blok K PPR Bandaria Park, Bintulu (11 – 24 Mei 2021);
  • Kuarters Estet 1, Ladang Jendela Padu, Sebauh (11 – 24 Mei 2021); dan
  • Rh Richard Sg Melaban, Sarikei (13 – 27 Mei 2021.5.12

Sehubungan itu, PKPD telah ditamatkan bagi:

  • Rh Nyuka, Lubok Lemba, Sarikei (11 Mei 2021);
  • Rh Janting, Lemujan, Pakan (12 Mei 2021);
  • Rh Sam anak Sumbang (12 Mei 2021);
  • SMK Melugu, Sri Aman (12 Mei 2021);
  • Rh Ajah anak Umkar, Sg Serupai Baru, Tatau (12 Mei 2021);
  • Kuarters Pekerja Foresom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (12 Mei 2021);
  • Rh Jawa Sungai Kerubong, Selalang, Sarikei (12 Mei 2021);
  • Rh Robert, Ulu Paoh, Sarikei (14 Mei 2021).

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan