Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan Abdul Aziz (empat kiri) dan Nur Ashima (tiga kanan) bergambar bersama Tun Abdul Taib Mahmud (lima kiri) dan Raghad Kurdi Taib (empat kanan) serta ahli keluarga di majlis resepsi perkahwinan Abdul Aziz di Damai Lagoon Resort. Foto: Astana Negeri

TYT dan isteri raikan majlis resepsi perkahwinan Aziz Husain

SANTUBONG, 4 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib memeriahkan lagi majlis resepsi perkahwinan adik iparnya, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain dan Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz di Damai Lagoon Resort, semalam.

Abdul Aziz, 72, yang kini Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) juga merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sehingga Disember 2006.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang kedua Abdul Aziz selepas pemergian isteri pertama, Puan Sri Datin Amar Fredahanam Mahmud awal tahun lepas. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan