Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang maut dalam kemalangan jalan raya di SK Kem Batu 18 Bintulu

ByFreddy Bohari

BINTULU: Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah lori 10 tan yang rosak di tepi jalan telah mengakibatkan kematian di SK Kem Batu 18, Jalan Bintulu-Miri, tidak jauh dari sini petang Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 mengenai kejadian kemalangan jalan raya tersebut dan mengarahkan keluaran jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Helman Main, ke lokasi kejadian.

Seorang mangsa lelaki berusia 61 tahun, Bajan Anak Latik,  yang tersepit di bahagian pemandu kenderaan jenis Proton Saga itu telah dikeluarkan oleh anggota bomba manakala seorang penumpang lagi iaitu isteri mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba.

Isteri mangsa, yang tidak dikenal pasti identitinya, dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam manakala mangsa yang dikeluarkan oleh anggota bomba diserahkan kepada pihak ambulans hospital, dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan