Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, malam tadi. Foto Arkib TVS.

Parlimen: Lebih 60 peratus kematian kemalangan libatkan penunggang motosikal

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Lebih 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini melibatkan penunggang motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini termasuklah kemalangan  membabitkan pekerja perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing).

Sehubungan itu katanya kementerian menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan melaksanakan lebih banyak program advokasi khas kepada penunggang motosikal.

“Pada tahun ini, JPJ merancang untuk mengadakan 80 program advokasi keselamatan jalan raya di seluruh negara. Sebelum ini sebanyak 853 program sedemikian telah dilaksanakan,” katanya.

Hasbi berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Syed Ibrahim Syed Nor (Pakatan Harapan – Ledang) pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Hasbi berkata, Kementerian Pengangkutan juga akan melaksanakan lebih banyak engagement bersama syarikat pengendali p-hailing.

“Kementerian sentiasa memberi perhatian serius kepada perkara ini.

“Pada tahun lepas sebanyak 32 program telah diadakan dengan syarikat pengendali p- hailing dan tahun ini kita rancang untuk adakan kempen bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),”katanya.

Dalam pada itu, sidang turut dimaklumkan berdasarkan kajian MIROS, lebih 80 peratus punca kemalangan jalan raya disebabkan sikap pemandu dan hanya tujuh peratus kerana aspek teknikal kenderaan digunakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan