Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa, Esang Pusoon, telah ditemui pagi tadi. Foto: PGO Sarawak

Warga emas hilang di kebun rumbia ditemui selamat

ByNina Azman

MUKAH, 2 Mac: Warga emas yang dikhuatiri hilang sewaktu pergi ke kebun rumbia di Sungai Penakup sejak kelmarin ditemui dalam keadaan selamat pada jam 11 pagi tadi.

Mangsa, Esang Pusoon, 75, ditemui satu kilometer (km) dari Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh pasukan penyelamat dan dibawa keluar daripada kawasan rumbia yang berhampiran sungai dengan perahu ke jeti Kampung Penakup.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sepasukan anggota dari BBP Mukah bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan penyelamat telah memulakan operasi SAR pagi tadi di sekitar kawasan kebun rumbia berdekatan Sungai Penakup, Kampung Sesok dengan bantuan penduduk kampung,” ujarnya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak 8.25 pagi semalam selepas keluar ke Sungai Penakup.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan