Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba membantu mengangkat mangsa yang terbabit kemalangan di Simpang Roban, Saratok malam tadi. Foto: BBP Saratok

Wanita maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Simpang Roban

SARATOK, 2 Mac: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Simpang Roban, pada Rabu.

Dalam insiden kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa, Masiha Epin, 44, didapati tersepit dalam kereta Perodua Bezza yang dinaikinya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.23 malam.

“Ketika bomba sampai, mangsa masih berada di dalam kenderaan itu. Kita bertindak membuka pintu kenderaan di bahagian belakang pemandu untuk mengeluarkan mangsa.

“Sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Saratok. Jenazah kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak yang masing-masing berusia 10 dan 12 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Bezza, Pajero dan Toyota Hilux sementara punca kejadian masih disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan