Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PATI dari Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. Foto JIM.

Imigresen hantar pulang 492 PATI dari Filipina ke negara asal

ByTVS

SANDAKAN, 1 Mac: Seramai 492 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) pada hari ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, ia melibatkan seramai 368 tahanan lelaki, 88 tahanan wanita dan 36 tahanan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Katanya, kesemua tahanan terlibat dipindahkan melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan Feri MV Antonia 1.

“PATI yang dihantar pulang kali ini hanya melibatkan tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Sandakan dan Depot Imigresen Tawau sahaja.

“Mereka yang ditahan di Depot Imigresen ini telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Oleh itu, beliau mengingatkan semua warga asing agar memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Operasi pemindahan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Sabah,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan