Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paras air di Sekolah Kebangsaan Nanga Kua Selangau. Foto: JPBNS

Satu stesen paras air di Sarawak melepasi paras bahaya, 2 amaran, 9 waspada

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 1 Mac: Hanya satu stesen paras air di Sarawak melepasi paras bahaya dilaporkan setakat jam 4.45 petang ini.

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Public Infobanjir, notifikasi aras air bagi Stesen Muput, Bintulu adalah 9.72 meter (m) iaitu 1.22m melepasi paras bahaya.

Sementara itu, dua stesen dikena pasti pada tahap amaran iaitu stesen Batang Balingian, Mukah (1.33m) dań stesen Selangau B, Batang Mukah di Sibu (17.51m).

JPS turut melaporkan sembilan stesen paras air pada tahap waspada.

Dalam perkembangan sama, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setakat jam 3 petang melaporkan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif dengan menempatkan 172 mangsa.

PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya merekodkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 23 mangsa (11 keluarga).

Manakala empat PPS masing-masing di daerah Kuching, Bau dan Siburan dilaporkan kekal dan tiada peningkatan mangsa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan