Peta menunjukkan aras air sungai terkini di Sarawak yang dikemaskini setakat 2.45 petang, 1 Mac 2023.
KUCHING, 1 Mac: Dua sungai mencatatkan paras merbahaya di Sarawak susulan hujan berterusan sejak Sabtu lepas.
Laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan setakat 2.14 petang hari ini, Sungai Tatau di Bahagian Bintulu menerusi Stesen Muput mencatatkan bacaan 9.63 meter.
Batang Lupar menerusi Stesen Enteban 2 di Bahagian Sri Aman turut berstatus merbahaya dengan bacaan 9.65 meter setakat 2 petang.
(Klik ikon pada peta untuk maklumat paras air)
Baca artikel berkaitan:
- 1. Peta paras air sungai di Sarawak
- 2. Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok
Untuk bacaan lebih lanjut, sila klik ikon pada peta di atas untuk mengetahui paras air sungai. – TVS