Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sokongan padu dari isteri TYT Sarawak kepada Francisca Luhong

Terkini, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datu Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib telah menyumbangkan lagi 7,000 undian kepada Francisca Luhong. Secara tidak langsung beliau juga telah turut mempromosikan laman aplikasi penyokong Francisca  di laman Instagram beliau sendiri. Di antara laman-laman Instagram tersebut ialah sulusarawaksongwriter, malaysiabeautypegeantfc, malaysia.universe, theratupost, misso_malaysia, mahkotamaharanimalaysia, mfor_my, franciscamissuniverse_fans.acc, malaysiabeautypageants, _malaysia_truly_asia_, _ratubumikenyalang3, malaysianatcosbeautypegeant, queenofmalaysia, welovefranciscaluhong, malaysiapageantryupdates, missmalaysiapageant, viral.apa.hari.ini. Laman – laman tersebut merupakan tulang belakang kepada kejayaan Francisca Luhong sehingga dia layak mewakili Miss Universe bagi mewakili Malaysia di Florida.

Kredit IG Story: @raghadtaib
Kredit IG Story: @raghadtaib

Kesemua laman tersebut mengucapkan penghargaan kepada Toh Puan kerana membantu undian Francisca Luhong. Malah, beliau sendiri melakukan tangkapan skrin di Instagram untuk setiap laman tersebut bagi menunjukkan sokongan penuh terhadap Francisca Luhong, anak kelahiran Sarawak yang mewakili Malaysia itu. Terima kasih juga kepada Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri atas sokongan dan undian beliau tempoh hari.

Ayuh! Teruskan sokongan dan undian anda kepada Miss Universe Malaysia kita. Muat turun aplikasi Miss Universe pada App Store atau di Google Play. Cara mengundi adalah daftar dan log masuk. Seterusnya, cari pilihan Miss Universe Malaysia untuk mengundi. Tarikh tutup undian adalah pada 14 Mei 2021.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan