Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu sehingga hari ini.

Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku diĀ  Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan ia melibatkanĀ beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan