Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini. Foto fail TVS

METMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri termasuk Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Hujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 10 malam ini memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan serta Melaka sehingga Khamis.

Hujan lebat berterusan peringkat waspada pula dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) juga diramalkan mengalami cuaca serupa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan