Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara bidang kemahiran yang dicadangkan adalah automotif, minyak dan gas, hospitaliti, teknologi penyejuk bekuan serta penyaman udara. Foto Arkib TVS.

Parlimen: Kerajaan pertimbang yuran TVET, buka lebih peluang

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan yuran permulaan berjumlah RM800 bagi kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sekiranya langkah itu dilaksanakan, ia akan membolehkan lebih ramai belia di luar bandar menyertai latihan – latihan yang disediakan di institusi sedia ada.

“Yuran mungkin menjadi salah satu kekangan yang dihadapi oleh belia untuk sertai program berkenaan (sedangkan) kerajaan mahu lebih ramai golongan itu termasuk Orang Asli terlibat dengan TVET,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Young Syefura Othman (Pakatan Harapan – Bentong) ingin tahu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan penyertaan belia dalam TVET khususnya di luar bandar dan Orang Asli.

Sementara itu, Fadillah berkata TVET merupakan pembelajaran sepanjang hayat iaitu pelajar bukan sahaja boleh terlibat dengan kursus jangka panjang malah melibatkan program jangka pendek sesuatu bidang.

Berkenaan hanya lima peratus belia di negara ini terlibat dengan TVET, Fadillah menjelaskan peratusan itu hanya mengambil kita penglibatan mereka yang berumur antara 15 hingga 24 tahun.

Katanya berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), populasi belia negara dalam lingkungan umur yang sama ialah seramai enam juta.

“Namun sebagai langkah segera, perlaksanaan TVET secara spesifik mengikut bidang di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan segera dilaksanakan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA),” katanya.

Beliau memaklumkan, antara bidang kemahiran yang dicadangkan adalah automotif, minyak dan gas, hospitaliti, teknologi penyejuk bekuan serta penyaman udara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan