Selaras dengan misinya untuk menghidupkan dan mengekalkan jatidiri serta warisan adat budaya negeri Sarawak, TVS bakal memperlihatkan barisan penyampai berita stesen TV itu mengenakan selendang dan selayah keringkam pada Hari Raya Aidilfitri pertama nanti.
Busana yang pernah menjadi simbol status di kalangan wanita-wanita bangsawan Melayu Sarawak kerana harganya yang mahal kini menjadi warisan penting yang harus dipelihara.
Motif corak sulaman yang pelbagai dari benang emas dan perak membuatkan harga keringkam mencecah sehingga RM30,000.
Yang menariknya keringkam tersebut akan dipakai oleh pembaca berita TVS yang terdiri dari pelbagai bangsa sewaktu bersiarannya berita TVS yang meliputi pelbagai bahasa
Sama-sama kita saksikan penyampai berita TVS iaitu Marzella Sigai untuk berita Iban pada jam 4 petang dan 7 malam, Jessica John untuk Berita Iban 11 pagi dan Berita Utama pada jam 8 malam, Handy Gui untuk Ringkas jam 12 tengahari dan berita bahasa Inggeris pada jam 5 petang dan Jeerydine Chan untuk berita Re Bao pada 6 petang menggayakan busana tersebut dengan menonton berita TVS hanya di saluran 122 Astro dan MyTV.