Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata CUEPACS perlu memahami masalah hutang negara dan juga golongan miskin tegar. Foto: TVS

Anwar mohon CUEPACS bersabar berhubung kenaikan gaji penjawat awam

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 27 Feb: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) perlu memahami masalah hutang negara dan juga golongan miskin tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengulas kenyataan Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat yang berpandangan tiada komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah dalam Belanjawan 2023.

“Masalah yang kita sedang hadapi sekarang adalah untuk membayar balik hutang negara yang sangat tinggi iaitu RM1.5 trilion dengan defisit 5.5 peratus.

“Jika kita tambah gaji menjawat awam, defisit akan meningkat menjadi 6.5 peratus dan ini akan memberi imej yang tidak baik untuk pelabur melabur dalam negara kita.

“CUEPACS mesti bersabar. Jika kita memperoleh pendapatan lebih, memang kita akan berikan kepada mereka,” katanya ditemui selepas menghadiri Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kebajikan golongan seperti nelayan, pekebun kecil getah, pesawah padi harus dijaga dengan baik.

“Kita sekurang-kurangnya hidup susah, tetapi golongan ini, hendak melalui hidup pun susah, kita harus lindungi mereka,” katanya.

Pada 24 Feb lepas, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 dengan cadangan peruntukan RM388.1 bilion, melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM289.1 bilion dan RM99 bilion untuk pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Menerusi Belanjawan 2023 itu, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM350 turut disalurkan kepada pesara kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan