Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota dan pegawai pelbagai agensi melaksana Operasi Bersepadu di Semporna ke arah mengekang aktiviti jenayah. Foto: ESSCOM

ESSCOM tahan 116 individu dalam Ops Bersepadu

LAHAD DATU, 27 Feb: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah memeriksa 1,555 individu dalam Operasi Bersepadu di daerah Semporna selama enam hari bermula Isnin dan berakhir semalam.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Hamzah Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 116 individu ditahan iaitu 102 bagi tujuan dokumentasi manakala 14 warga Filipina berumur 17 hingga 47 tahun ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

Anggota dan pegawai pelbagai agensi melaksana Operasi Bersepadu di Semporna ke arah mengekang aktiviti jenayah. Foto: ESSCOM
Anggota dan pegawai pelbagai agensi melaksana Operasi Bersepadu di Semporna ke arah mengekang aktiviti jenayah. Foto: ESSCOM

Menurutnya, pemeriksaan itu turut membabitkan sebanyak 440 buah rumah dan premis perniagaan serta pondohan di 11 lokasi termasuk pulau peranginan Gugusan Bodgaya dan Bohey Dulang.

“Turut dilaksanakan dalam operasi itu adalah pemotongan sambungan haram elektrik dan rampasan sebanyak 110 kilogram kabel elektrik oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiga kompaun juga dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 berkaitan dengan keselamatan pengendalian makanan, dua notis kompaun di bawah Market Law Act 1972 atas sebab telah tamat tempoh lesen berniaga dan dua notis pematuhan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Cap.67) kerana kegagalan majikan menunjukkan salinan penyata gaji kepada pekerja.

“Selain itu, sebanyak 316 buah kenderaan telah diperiksa dan 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,” katanya lagi.

Hamzah berkata, seramai 81 anggota dan pegawai pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu dan berharap kerjasama strategik seumpamanya akan terus dapat dilaksana bagi mengekang anasir tidak sihat dan elemen jenayah rentas sempadan.

ESSCOM juga katanya, akan terus mempergiat operasi bagi mengekang elemen yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) khususnya di pantai timur Sabah.

“Masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) ke Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp ditalian 011-63311072. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan