Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JOHOR BAHRU,10 Mei — Anggota keselamatan melaksanakan tugas di bawah operasi sekatan jalan raya di Jalan Johor Bahru - Skukai ketika tinjauan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 hari ini. Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa hari ini hingga 6 Jun. Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PKP Dilaksana Di Seluruh Negara

ByEekbal Yusuf

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, bagi tempoh PKP itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

Tambahnya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.

“Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021. SOP terperinci bagi semua larangan dan araham dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam satu selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Katanya lagi, kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

“Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan