Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

PM Anwar bentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di perkarangan Dewan Rakyat kira-kira 3.53 petang dengan memakai baju Melayu berwarna biru.

Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Pembentangan belanjawan yang menjanjikan pelbagai pengumuman penting dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kepentingan rakyat daripada semua lapisan masyarakat itu, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen, radio tempatan dan media sosial.

Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 itu dibuat di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, dan akan dibahaskan di peringkat dasar selama enam hari bermula Isnin ini (27 Feb) sebelum sesi jawapan oleh menteri pada 8 dan 9 Mac.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 10 hari bermula 13 Mac.

Perdana Menteri pada 20 Dis lepas membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Okt tahun lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping menarik pelaburan.

Selain itu, beliau berkata belanjawan itu turut mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran.

Anwar pada 20 Dis lepas telah membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107.72 bilion.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang bernilai RM372.3 bilion dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 7 Okt 2022, sebelum Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan pada 19 Nov 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan