Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Dato Mancha Ata. Foto TVS.

Polis sentiasa komited banteras jenayah

KUCHING, 24 Feb: Polis komited dalam membanteras jenayah bagi memastikan keselamatan rakyat, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Menurutnya, usaha menurunkan kadar jenayah merupakan fokus utama pihaknya dalam isu berkaitan ketenteraman awam.

“Kita akan terus menyumbang kepada Sarawak dalam memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa aman dan terkawal,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu Mohd Azman mengadakan taklimat keselamatan bersama ketua-ketua jabatan Polis Kontinjen Sarawak.

“Cuma kita mengesahkan bahawa untuk 2022 berbanding 2021 kita berjaya menurunkan kes jenayah berjumlah 404 kes atau sembilan peratus itu yang menunjukkan kita berjaya menurunkan kes jenayah di Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, ia merupakan taklimat bulanan pihaknya bagi memaklumkan secara langsung kepada Abang Johari mengenai keadaan keselamatan di Sarawak.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan