KUCHING, 24 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan sekitar 30 minit itu diketuai Yang Dipertua PKMM Sarawak Dato Ismail Suut dan Penasihat PKMM Sarawak Dato Dr Zaeidi Suhaili.
Dalam pertemuan ringkas berkenaan, pikhak PKMM menyampaikan hasrat untuk mewujudkan beberapa bahagian bangunan sebagai Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU).
Cadangan berkenaan merangkumi menyewa pusat tersebut kepada ahli-ahli atau kontraktor yang memerlukan tempat untuk kegunaan pejabat mereka.
Pusat itu sekali gus memudahkan ahli persatuan untuk menjalankan operasi pejabat secara sementara sebelum memiliki premis tetap.-TVS