Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: USGS

Gempa bumi kuat landa Indonesia pagi Jumaat

ByBernama

JAKARTA, 24 Feb: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pada pagi Jumaat, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata Abdul Muhari, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata Yusri A Kasim, ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu “Lingkaran Api Pasifik”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan