Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah bersama delegasi kementeriannya melakukan kunjungan hormat bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini. Foto Facebook YB Fatimah Abdullah.

Anugerah Pencapaian Khas Premier Sarawak iktiraf wanita

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Feb: Wanita Sarawak yang memberi sumbangan penting dalam pelbagai bidang akan terus diiktiraf sempena Sambutan Hari Wanita peringkat negeri tahun ini, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata, sambutan tahun ini juga istimewa kerana bakal dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Selain ucapan perasmian oleh Premier Sarawak, beberapa pengiktirafan termasuk Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Kepimpinan Wanita, Anugerah Keusahawanan, Anugerah Penggiat Sosial Wanita, Anugerah Pencapaian Khas Premier Sarawak dan Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cemerlang akan diserahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjung hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia sini hari ini.

Yang turut hadir, dua timbalannya, Mohammad Razi Sitam dan Datuk Rosey Yunus.

Kunjungan itu bertujuan untuk menjemput Premier Sarawak hadir ke sambutan berkenaan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Penview pada 18 Mac depan.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Brazil yang baharu, Gloria Corina Tiwet turut melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak.

Pada 9 Februari lepas, Gloria Corina bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See Hendy Assan merupakan antara 10 ketua perwakilan Malaysia baharu yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Gloria Corina berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria manakala Hendy pula ialah Duta Malaysia ke Uzbekistan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan