Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sarawak merampas pelbagai jenis dadah menerusi serbuan di sebuah pusat hiburan di Miri, malam tadi. Foto IPK Sarawak.

Wanita warga asing miliki dadah ditahan di pusat hiburan di Permyjaya

MIRI, 23 Feb: Seorang wanita warga asing merupakan antara dua yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Permyjara, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pemeriksaan lanjut terhadap wanita berusia 21 tahun itu mendapati dia turut memiliki dadah.

Kata beliau, serbuan pada pukul 8.25 malam itu yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

“Kedua-duanya ditahan bersama pelbagai jenis dadah termasuk ekstasi, Erimin 5 dan ketamin yang keseluruhannya seberat 549.43 gram dengan nilai RM27 674.50,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Alexson berkata, polis percaya kedua-dua suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan menjadikan pusat hiburan berkenaan sebagai ‘lubok’ pengedaran barang terlarang tersebut.

Menurutnya, ujian air kencing yang dilakukan pula mendapati wanita warga asing itu positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan