Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata keberatan pemain industri minyak masak adalah berasaskan alasan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil. Foto fail.

Industri keberatan penetapan harga minyak masak dua peringkat – Salahuddin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pemain industri minyak masak dilihat keberatan untuk bersetuju dengan cadangan penetapan harga menerusi sistem dua peringkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata respons daripada pihak industri itu berasaskan alasan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil.

“Dari semasa ke semasa kita cuba menyelesaikan perkara ini menerusi libat urus bersama pihak industri dengan (cadangan) penentuan harga dua peringkat, tetapi nampaknya pihak industri agak keberatan kerana mereka menjaga (kepentingan) pekebun kecil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai kesediaan kerajaan untuk menambah kuota bekalan minyak masak pek bersubsidi di pasaran runcit tempatan agar bekalannya mencukupi.

Sebelum ini, terdapat cadangan berhubung kebolehlaksanaan penetapan harga melalui sistem dua peringkat bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport, memandangkan produk tersebut ketika ini ditentukan dengan sistem satu harga.

Menjawab soalan tambahan Cha berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap isu ketirisan serta sama ada negara berdepan krisis bekalan komoditi itu, Salahuddin berkata setakat ini, situasi bekalan minyak masak pek bersubsidi belum sampai ke tahap krisis.

“Jika ada kes (kekurangan bekalan) berlaku di satu-satu tempat pada satu-satu masa, KPDN akan segera bertindak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam aspek ketirisan dengan sebanyak 2,896 pemeriksaan dilaksanakan sepanjang dua bulan lepas tahun ini dan 13 kes telah didakwa di mahkamah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan