Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin diberikan taklimat mengenai pembangunan semula Bangunan Stesen Hiroshima ketika lawatannya be Jepun. Foto: Sarawak Metro Sdn. Bhd.

Sarawak tinjau operasi pengangkutan awam rel Jepun

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Feb: Sarawak yang akan membangunkan mod pengangkutan awam Transit Aliran Autonomi (ART) mengkaji model serupa yang digunakan Jepun, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, menerusi lawatan beliau ke negara itu, pihaknya mendapat gambaran jelas membabitkan operasi kereta api, trem dan perundangan yang dilaksanakan di sana.

Selain itu katanya, pada pertemuan dengan Pembantu Naib Menteri Hal Ehwal Antarabangsa Kementerian Pengangkutan, Infrastruktur, Tanah dan Pelancongan Jepun, Keiichi Takuwa, beliau turut diberi taklimat berhubung pengurusan lalu lintas serta kenderaan transit ringan hibrid di Jepun.

“Delegasi Sarawak juga dimaklumkan rangkaian pengangkutan awam Jepun yang meluas membabitkan kereta api dan trem juga disokong oleh perkhidmatan bas, teksi dan e-hailing.

“Oleh itu, lawatan sambil belajar aspek teknikal ini sangat berguna dan komprehensif kerana kita mendapat maklumat tentang pendekatan serta perancangan terkini mengenai sistem transit pantas baharu di Jepun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Turut menyertai Kim Shin pada lawatan berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn. Bhd.,  Ts. Mazli Mustaffa.

Delegasi Sarawak turut mencuba ART di negara berkenaan selain melawat kilang pemasangan Toyota untuk kenderaan berkuasa hidrogen di Motomachi, Toyota City di Nagoya serta melawat rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) yang baharu di Utsunomiya.

Perwakilan Kementerian Pengangkutan Sarawak juga berkesempatan melawat serta diberi taklimat mengenai rancangan pembangunan semula yang sedang dijalankan di Stesen Hiroshima.

Sementara itu, Kim Shin berkata, beliau melihat Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Hiroshima juga boleh dilaksanakan bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

“Saya mendapat gambaran mengenai kadar tambang dan bukan tambang yang terdapat di sepanjang jajaran AGT di Jepun.Ini memberi gambaran jelas kepada Sarawak Metro untuk projek KUTS dan seterusnya meraih hasil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan