Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang. Foto: TVS

Agong sanggup redah Sarawak untuk rakyat, saya terharu – Rubiah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Walaupun berdepan dengan kekangan geografi, impian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengembara Sarawak sangat menyentuh hati, kata Datuk Rubiah Wang.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Agong zahir impian memandu di PAN Borneo, bertemu rakyat Sabah dan Sarawak
  2. 2. Kembara Agong kembalikan nostalgia lawatan Almarhum Sultan Johor di Kapit pada 1970-an

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ini merupakan peluang terbaik untuk Seri Paduka Baginda melihat sendiri pembangunan yang telah dilaksanakan di Sarawak.

“Program Kembara yang julung kali diadakan ini menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong terhadap rakyat di Sarawak.

“Walaupun Seri Paduka Baginda hanya melalui Kota Samarahan, kita amat menunggu saat-saat begini untuk merapatkan hubungan antara raja, pemimpin dan rakyat,” katanya ketika ditemubual TVS.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu juga berkata, Program Kembara tersebut merupakan peluang keemasan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk meninjau mengenai kedua-dua kemudahan dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan