Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasmin (dua kanan) bersama pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Tawau menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas pada Selasa di sebuah kawasan perumahan di Tawau. Foto: PDRM

Dua sahabat pengedar dadah ditahan

TAWAU, 22 Feb: Dua sahabat dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan bersama 1033.30 gram dadah jenis syabu bernilai RM60,000 di tepi jalan sebuah kawasan perumahan Bandar Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas kedua-dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 43 tahun dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, sebuah beg yang dipegang salah seorang suspek telah dirampas ketika serbuan dengan hasil pemeriksaan di dalam beg itu menemukan satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati,” katanya ketika sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Jasmin berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Civic di bawah Seksyen 25(1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 kerana dipercayai digunakan bagi tujuan pengedaran dadah.

“Kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan mereka ini berasal dari negara jiran dengan salah seorang pemegang pasport manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri,” katanya lagi.

Jelasnya, ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek dijalankan dan didapati salah seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Kita percaya dadah ini untuk pasaran tempatan dan dibawa dari luar yang boleh digunakan seramai 2,000 orang,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan