Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pengurusan Tertinggi Downtown Sarikei, Allif Omar Yunus berucap semasa berkunjung ke Pejabat Tabung Haji Sarikei hari ini. Foto TVS.

Peluang terbaik peniaga simpan wang di Tabung Haji

SARIKEI, 22 Feb: Usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam untuk menyimpan di Lembaga Tabung Haji (TH) terus diperkasakan.

Ini kerana, ia bukan sekadar memberi manfaat kepada individu Muslim yang berkhidmat di sektor awam mahupun swasta, malah faedah besar turut dinikmati golongan peniaga khususnya mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Salah seorang individu Muslim yang hadir ke Pejabat Tabung Haji bagi menjalankan sesuatu urusan.

Di peringkat Bahagian Sarikei, hasrat murni itu dimulakan dengan penglibatan peniaga di Tapak Downtown Kampung Seberang.

Pengerusi Pengurusan Tertinggi Downtown Sarikei, Allif Omar Yunus berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Tabung Haji itu merupakan kesempatan terbaik kepada peniaga untuk menyimpan sebahagian daripada hasil jualan mereka.

“Kami mengalu-alukan usaha Tabung Haji dalam membantu para peniaga untuk membuka akaun supaya para peniaga dapat menyimpan hasil jualan dan sebaliknya. Mungkin ada peniaga yang berniat untuk mengerjakan haji dan kami berbangga di mana inisiatif ini dimulakan dengan peniaga di Tapak Downtown Kampung Seberang.

“InsyaAllah kami di sini akan membantu segala usaha untuk memanfaatkan masyarakat sekitar terutama peniaga kecil yang beragama Islam di sekitar Sarikei ini,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke Pejabat Tabung Haji Sarikei hari ini.

Malah katanya, banyak kelebihan boleh dinikmati oleh penyimpan antaranya termasuklah tidak memerlukan modal yang besar untuk membuka akaun.

Bagi pihak Downtown Sarikei katanya, mereka akan memberi sokongan sepenuhnya dan bersedia membantu usaha murni institusi berkenaan.

“Tadi, kami juga mendengar taklimat daripada pegawai Tabung Haji yang terlibat dari segi cara pembukaan akaun Tabung Haji yang sangat mudah iaitu dengan melayari laman sesawang www.thijari@ith.gov.my, atau hadir ke Pejabat Tabung Haji dengan membawa kad pengenalan masing-masing,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan