Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Sufian Mohat menghargai kakitangan Majlis Daerah Limbang (MDL) yang bersara pada Majlis Makan Malam Apresiasi Bersama Ahli Majlis 2022 MDL di Dewan Kampung Bunga Raya. Foto: TVS

MDL rekod keuntungan hasil perolehan pendapatan cecah RM3 juta pada 2022

LIMBANG, 22 Feb: Majlis Daerah Limbang (MDL) merekod keuntungan lebih RM3 juta hasil perolehan pendapatan pada tahun lepas, sekali gus merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf majlis daerah di Sarawak melakar pencapaian teratas dalam kutipan hasil perolehan mereka.

Wali Kota MDL, Kaunselor Sufian Mohat berkata, MDL turut merekodkan peningkatan hasil perolehan keuntungan dari tahun 2019 sebanyak RM500,000 kepada RM3 juta pada 2022.

Menurutnya, kejayaan MDL itu hasil fokus tidak berbelah bahagi dan usaha berterusan warga MDL termasuk setiausaha, ahli majlis dan kakitangannya yang tampil dengan idea-idea baharu sehingga mampu menangani defisit yang dialami beberapa tahun sebelum ini.

“Bermula pada tahun 2019 keuntungan syarikat kita MDL bermula daripada RM500,000, naik tahun seterusnya RM800,000, RM1 juta, RM2 juta dan pada tahun lepas 2022, kita telah mengalami satu pencapaian kepada lebih RM3 juta.

“Kalau PBT kecil yang bertaraf majlis daerah di seluruh negeri Sarawak, saya rasa kita boleh dianggap sebagai nombor satu, dan kita telah mencapai keuntungan lebih RM3 juta dan ini satu pencapaian yang amat baik,” katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi Bersama Ahli Majlis 2022 MDL di Dewan Kampung Bunga Raya, malam tadi.

Turut sama ialah Setiausaha MDL, Petrick Linggie Taboh.

Sufian berkata, MDL turut berjaya melaksanakan pelbagai projek pembangunan rakyat di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan meskipun terdapat projek yang berdepan kelewatan.

Pada majlis itu beliau memuji prestasi cemerlang ditunjukkan pihak kontraktor kerana tidak disenarai hitamkan apabila berjaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sekali gus berjaya mengurangkan aduan daripada orang awam terhadap mutu pekrhimdatan MDL.

Beliau juga berterima kasih kepada para pengamal media yang memberikan banyak kerjasama yang cukup baik dalam menyalur maklumat dan polisi MDL kepada rakyat.

Sementara itu, katanya MDL akan menghidupkan beberapa pasar tamu luar bandar di daerah Limbang dalam usaha menarik kemasukan pengunjung ke daerah itu, selain mengurangkan kesesakan aliran trafik di kawasan bandar.

Jelasnya, antara pasar tamu yang dikenal pasti untuk dihidupkan termasuk Pekan Tamu Medamit, Tamu di Sempadan Tedungan dan Tamu Hujung Jalan Pandaruan berhampiran Daerah Temburong Negara Brunei Darussalam. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan