Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Persatuan Solidariti Nasional (Persona)melakukan Program Gotong-Royong Masjid Al-Falah, Sungai Gemuan Bintangor pada Ahad lalu. Foto: TVS

Persona aktif bantu masyarakat Sarawak

SARIKEI, 21 Feb: Bertapak di Sarawak sejak lima tahun lalu, Persatuan Solidariti Nasional (Persona) terus memberi tumpuan terhadap aktiviti berorientasikan kesukarelawan dalam membantu komuniti setempat.

Pengerusi Persona, Abang Mohd Hafiq Abang Kassim berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu wujud di Kedah pada tahun 2014, sebelum melebarkan sayapnya ke Sarawak pada tahun 2018.

Menurutnya, Persona mempunyai seramai 115 orang ahli berdaftar di seluruh Sarawak setakat hari ini.

“Persona seperti badan NGO lain di Malaysia yang memberi keutamaan kepada masyarakat di sekeliling, bukan sahaja memberi bantuan makanan dan kewangan kepada asnaf dan anak yatim, tetapi kami juga fokus memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat yang lain mengikut cadangan dan pilihan ketua-ketua ranting di setiap bahagian di Sarawak,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sehubungan itu, Program Gotong-Royong dan Penyampaian Sumbangan untuk Masjid Al-Falah, Sungai Gemuan Bintangor pada Ahad lalu, merupakan program pertama anjuran persatuan itu di kawasan tengah Sarawak.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi program seumpama itu untuk sepanjang tahun ini.

“Kelayakan menjadi ahli Persona bermula umur 18 dan ke atas dan Persona mempunyai keahlian termasuk mereka yang baharu berdaftar hari ini iaitu seramai 115 orang di seluruh Sarawak, jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa pada program yang bakal diadakan kelak. Kepada mereka yang di luar sana, sekiranya ingin menyertai Persona bolehlah menghubungi Setiausaha Negeri, Kaunselor Helmi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau optimis persatuan itu terus mengorak langkah ke depan, memainkan peranan lebih aktif berdasarkan respon positif masyarakat khususnya golongan muda.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan