Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Getah Antarabangsa 2023 (IRC23) yang dianjurkan oleh Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB). Foto: Yusuf (TVS)

Sistem Pengangkutan Pintar bakal diperkenal di Petra Jaya – Fadillah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bakal diperkenalkan di Petra Jaya sebagai solusi jangka masa panjang kepada masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengenalan kepada sistem tersebut dapat dijayakan dengan kerjasama antara tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Penggunaan ITS bukan sahaja boleh membantu mengurangkan kesesakan jalan raya tetapi juga dapat menyampaikan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Oleh itu, saya harap perkara ini dapat direalisasikan melalui kerjasama pihak DBKU, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, ini adalah harapan saya,” kata Fadilah dalam temubual bersama TVS di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, sistem pengangkutan pintar tersebut perlu diintegrasi dengan kawasan Bandar Kuching merentasi Kuching Selatan dan sekitarnya.

“Walaupun perkara ini sudahpun kita bincang sejak saya berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya, saya harap akan ada peruntukan khas di dalam bajet yang akan dibentangkan bagi menangani masalah kesesakan di Petra Jaya,” jelasnya.

Tambahnya, antara perkara lain yang menjadi permasalahan di Petra Jaya yang akan ditangani termasuk isu kekurangan rumah mampu milik dan peluang pekerjaan bagi graduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan