Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon-calon SPM dinasihatkan sentiasa merujuk jadual sepanjang tempoh peperiksaan supaya tidak timbul isu tidak diingini termasuk tersalah kod mata pelajaran. Foto: TVS

36,523 calon menduduki peperiksaan SPM di Sarawak bermula hari ini

KUCHING, 20 Feb: Seramai 36,523 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di seluruh Sarawak bermula hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Abang Hut Abang Engkeh berkata ia melibatkan 259 pusat peperiksaan sehingga 15 Mac.

Ia termasuk seramai 1,107 calon persendirian yang menjalani peperiksaan di 17 pusat termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Baca artikel berkaitan >>>>> Fadhlina nasihat calon fokus, sabar jawab soalan SPM

“Kalau kita perincikan, di sekolah kerajaan ada 34,268 calon dan mereka ini akan menduduki peperiksaan 225 pusat, calon persendirian 1,107 yang menduduki peperiksaan di 17 pusat kemudian calon sekolah swasta ada 10 pusat dengan 766 calon.

“Sekolah di bawah agensi lain selain daripada KPM contohnya MRSM kita ada lima pusat dengan 358 orang dan sekolah agama rakyat, dua pusat yang melibatkan 24 orang calon jadi jumlahnya tadi semua ialah 259 pusat dan jumlah calonnya ada 36,523 orang calon,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan proses hari pertama peperiksaan bertulis bagi kertas Bahasa Melayu (Penulisan) di Sekolah Menengah Sains Kuching di sini, hari ini.

Calon-calon turut dinasihatkan agar sentiasa merujuk jadual sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung supaya tidak timbul isu yang tidak diingini termasuk tersalah kod mata pelajaran.

“Mengapa kita menasihatkan anak-anak supaya merujuk jadual itu kerana di dalam jadual itu selain daripada tarikh dan masa, kadang-kadang pelajar kita lupa tentang kod mata pelajaran jadi kadang-kadang ini yang mungkin menimbulkan masalah kepada pelajar.

“Kita nasihatkan mereka setiap hari untuk menyemak jadual peperiksaan yang telah dibekalkan supaya mereka tidak ketinggalan dari segi kod dan kertasnya atau arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangka termasuk prosedur peperiksaan semasa bencana termasuk calon yang sakit akibat COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan