Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Bengkel Buriek pada Majlis Penutupan Bengkel Buriek di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu pada Ahad. Foto: TVS

Teroka produk kraf tangan baharu untuk komersial – Dr Annuar

SIBU, 20 Feb: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menggesa usahawan agar meneroka produk kraf tangan baharu untuk dikomersialkan.

Menurutnya, produk baharu yang belum dikomersialkan membolehkan seseorang usahawan menjadi pengeluar tunggal.

Datuk Dr Annuar Rapaee bersama para peserta Bengkel Buriek di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu pada Ahad. Foto: TVS

“Semoga kita dapat menjadikan bidang yang belum diteroka seperti kraf tangan menjadi pasaran kita sekali gus menjadi satu-satunya usahawan dalam bidang tersebut dan juga menjadi lebih baik dari segi menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan di seluruh dunia.

“Cari sesuatu yang baharu dan jangan bersaing dengan mereka yang sudah menubuhkan produk mereka. Carilah produk baharu yang boleh menambah pendapatan,” katanya ketika ditemui TVS setelah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Buriek di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa membantu usahawan melalui bengkel dan latihan.

Jelas beliau, bengkel dan latihan mampu mengasah keterampilan mereka dalam bidang perniagaan.

Oleh itu, beliau berharap semua peserta dapat memanfaatkan latihan dan mengkomersialkan ilmu yang mereka pelajari.

“Barulah mereka boleh mempunyai sedikit pendapatan tambahan. Pada masa kini, saya pasti ramai yang tidak sabar untuk mencari pendapatan sampingan kerana kos sara hidup yang tinggi,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa usahawan agar merebut peluang menjalankan perniagaan dalam talian bagi mendapatkan akses pasaran lebih luas.

Seramai 30 orang peserta dari seluruh Sibu telah menyertai program anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) cawangan Nangka itu bersama Pustaka Negeri Sarawak cawangan Sibu .- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan