Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan trofi kemenangan kepada wakil Yayasan Sarawak pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Antara Yayasan SeMalaysia (PESAYA) ke-14 di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sah, KBS tawar Sarawak jadi tuan rumah SUKMA 2024 – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Feb: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta Sarawak untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 pada tahun depan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah dalam satu mesyuarat baru – baru ini.

“Kerajaan Persekutuan meminta Sarawak untuk menjadi tuan rumah SUKMA kerana nampaknya tiada negeri yang mahu.

“Saya tidak tahu apa sebabnya. Walaupun tahun depan bukan giliran kita (Sarawak) untuk menjadi tuan rumah, tetapi saya sudah maklumkan kepada Dato Abdul Karim Rahman Hamzah yang kita bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se- Malaysia (PESAYA) ke-14, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Abdul Karim dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA ialah pada 2016 selepas menganjurkan kali pertama pada 1990.

Pada 9 Februari lepas, Abang Johari berkata, Sarawak bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, sekiranya tiada negeri lain yang mahu menganjurkannya.

Sementara itu,  Yayasan Sarawak muncul juara keseluruhan PESAYA kali ini dengan kutipan 12 pingat emas, sembilan pingat perak dan tiga pingat gangsa yang telah menyumbangkan sejumlah 95 mata.

Manakala tempat kedua diungguli oleh Yayasan Sabah dan Yayasan Johor berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

PESAYA edisi seterusnya bakal diadakan di Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan sebagai tuan rumah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan