Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukarelawan CDERT, Aiman Nazrullah Zukipli menunjukkan Vest Keselamatan CDERT. Foto: TVS

Gedong jadi daerah pertama penubuhan CDERT

GEDONG, 19 Feb: Gedong menjadi daerah pertama penubuhan sukarelawan Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Abdul Wahab Rahim berkata, idea penubuhan pasukan itu dilakukan selepas menyedari keperluan dalam melatih sukarelawan tempatan untuk bertindak sebagai kumpulan pertama yang berada di tempat kejadian jika berlaku sebarang bencana.

Katanya, jika berlaku sesuatu bencana lebih 90 peratus yang berada di lokasi adalah kumpulan sukarelawan.

“Penduduk tempatan yang bersedia untuk menjadi sukarelawan adalah sengat penting, ini kerana ketika berlaku bencana penduduk tempatan mempunyai banyak maklumat berbanding pihak berkuasa yang datang dari kawasan lain.

“Tanpa sukarelawan tempatan adalah sukar untuk pihak berkuasa seperti APM sendiri dalam melaksanakan bantuan di kawasan bencana dengan lebih efektif,” katanya ketika berucap di Majlis Penangguhan Kursus Asas Civil Defense Emergency Respone Team (CDERT) di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan sokongan itu akan dibangunkan di Gedong sebelum ke daerah lain di seluruh Sarawak selepas ini.

“APM bersedia memberikan latihan asas kecemasan kepada semua penduduk termasuk kawasan pedalaman.

“Ilmu yang diperoleh penting kerana jika berlaku kecemasan di kawasan terpencil, kumpulan yang menerima latihan boleh membantu,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah  Penaung CDERT, Datuk Seri Azman Samaon, Pegawai APM Daerah Asajaya dan Simunjan Leftenan Hafizul Samah dan Leftenan Muhammad Elyas Abdul Rhanie, anggota APM serta 35 peserta kursus CDERT. – TVS

Tags: apm, CDRET, gedong

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan