Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Pelancaran Program Kesedaran Kanser 2023 Peringkat Parlimen Petra Jaya, di Klinik Kesihatan Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto: TVS

EU perlu lebih terbuka bagi isu sekatan komoditi – TPM Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Feb: Kesatuan Eropah (EU) perlu bersifat lebih terbuka dałam menangani isu sekatan dan halangan perdagangan terhadap produk sawit, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata situasi berkenaan diperlukan bagi Malaysia untuk mencapai komitmen bersama kesatuan itu dalam mengambil kira menjaga kelestarian dalam pengeluaran komoditi.

“Sebab itu, baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah menyuarakan kepada Presiden Jerman bagi menyokong kita supaya EU melihat kembali peraturan tersebut.

“Hal ini agar mereka dapat mengambil kira pandangan negara-negara di rantau ini termasuk Indonesia, Thailand dan negara-negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kesedaran Kanser 2023 Peringkat Parlimen Petra Jaya, di Klinik Kesihatan Petra Jaya, di sini, hari ini.

Fadillah yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, bagi mencapai kata sepakat, Malaysia juga telah berbincang dengan Indonesia mengenai perkara itu dan ia akan dibawa ke peringkat Asia.

“Kita di Malaysia selama ini memang sentiasa mematuhi standard dunia dan turut memperkenalkan undang-undang melibatkan tenaga buruh”.

“Begitu juga berhubung kait dengan pembangunan mampan di mana kita ada Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) iaitu standard kita sendiri yang akan memastikan kelestarian pengeluaran minyak sawit,” katanya.

Sebelum ini, menurut Fadillah, misi Malaysia bersama Indonesia ke EU untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan