Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut ketibaan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Lapamngan Turban Antarabangsa Kuching pagi tadi. Foto: TVS

Presiden Jerman tiba di Kuching untuk lawatan sehari ke Sarawak

KUCHING, 18 Feb: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier tiba di Kuching dengan pesawat khas kira-kira jam 10.40 pagi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak.

Ketibaan beliau disambut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta diiringi Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Foto: TVS.

Pada lawatan sehari di sini, Steinmeier dijangka akan melawat Musium Kebudayaan Borneo, Pusat Biodiversiti Sarawak dan Pusat Hidupan Liar di Semengoh.

Foto: TVS.

Seterusnya, beliau bakal menghadiri taklimat mengenai peluang pelaburan yang boleh diteroka oleh pelabur-pelabur dari Jerman di Sarawak.

Foto: TVS.

Lawatan ke negeri ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan negara Steinmeier ke Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman selain menjadi platform terbaik kepada kedua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang.

Lawatan negara terakhir melibatkan Presiden Jerman ke Malaysia adalah pada 26 tahun lepas iaitu sekitar April 1997.

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU) dengan menyaksikan pada 2022, nilai pendapatan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 10.9 peratus kepada RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion pada 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan