Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Panjang Jebat Talak Stalon yang telah siap dibina. Foto: TVS.

Musnah 5 tahun lalu, rumah panjang baharu Jebat Talak Stalon siap dibina

TANJONG MANIS, 18 Feb: Penantian 10 keluarga untuk mendiami rumah panjang baharu selepas Rumah Panjang Jebat Talak Stalon musnah dalam kebakaran lima tahun lalu, kini berakhir.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh pembinaan rumah panjang baharu itu melibatkan peruntukan berjumlah RM700,000.

“Sejumlah RM70,000 sepintu telah disediakan bermakna keseluruhannya melibatkan kos RM700,000 untuk membangunkan rumah ini.”

“Kelewatan berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan harga barang di pasaran sejak tahúr 2019 namun ia kini berjaya dibangunkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke Rumah Panjang Jebat Talak Stalon pada Jumaat.

Tambah beliau, setakat ini pelaksanaan prasarana lain sedang dilakukan termasuk melengkapkan bekalan elektrik ke rumah panjang berkenaan.

Len Talif berkata, pembinaan rumah panjang itu membuktikan kerajaan tidak mengabaikan keperluan rakyat khususnya mereka yang terkesan dan sangat memerlukan bantuan.

“Kita lihat masih banyak lagi kemudahan yang perlu ditambah di rumah panjang ini. Jadi, kita akan berbincang bersama penghulu dan juga pihak yang berkepentingan lain berhubung bagaimana kita dapat menambahbaik peruntukan untuk menjadikan rumah panjang ini mendapat keperluan asas seperti tangki air yang belum ada di Kampung Stalon bagi mendapatkan bekalan air,” katanya lagi.

Datuk Len Talif Salleh melakukan lawatan ke Rumah Panjang Jebat Talak Stalon semalam. Foto: TVS.

Dalam pada itu, Tuai Rumah, Jabat Talak, terharu sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas usaha membangunkan semula rumah panjang mereka.

“Terima kasih banyak kerana telah membina rumah panjang baharu untuk kami semua setelah lima tahun kami menunggu”.

“YB Ir Yusuf Abdul Wahab meminta saya bersabar dan tunggu saja. Beliau tidak berbohong kepada kami semua. Saya adalah penyokong kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada dulu lagi. Terima kasih sekali lagi buat YB Ir Yusuf Abdul Wahab, Datuk Len Talif Salleh dan pihak yang berkaitan, saya mengucapkan terima kasih,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan