Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin menyampaikan hadiah dan sijil kepada salah seorang murid Tahun 6 Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (MATTARY), di sini, hari ini. Foto: TVS

59 murid tahun enam MATTARY tamat pengajian dirai

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Feb: Kemudahan pengajian tahfiz untuk kanak – kanak di Sarawak perlu dipertingkatkan dalam usaha membangunkan perwatakan dan keyakinan diri golongan itu pada masa hadapan.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, langkah berkenaan sekiranya dilaksanakan juga akan selari perkembangan global yang amat mementingkan pembangunan watak anak-anak di samping pendidikan akademik.

“Saya cukup tertarik apabila melawat beberapa buah sekolah di Indonesia, di Semenanjung Malaysia dan sebagainya kerana murid – murid di sana cukup terbuka dan boleh berbincang pelbagai isu kerana perwatakan yang dibentuk menerusi pengajian,” katanya.

Beliau berkata selepas hadir Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Khatam Al-Quran Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (MATTARY) bagi sesi 2022/2023 kali kedua di Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin yang menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada murid – murid berkenaan.

Seramai 59 orang murid tahun enam MATTARY yang menamatkan pengajian mereka diraikan pada Majlis Apresiasi dan Khatam Al-Quran hari ini.

Sementara itu, beliau bermula tahun ini, Sekolah Menengah MATTARY akan dibangunkan MIS yang dijangka siap pada 2026.

“Jika tiada aral melintang, pengambilan pertama untuk pelajar tingkatan satu bagi sekolah menengah itu nanti adalah pada 2027,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan