Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Perasmian Dewan SK Sentebu Sarikei

TVS platform cungkil kebolehan dan bakat anak Sarawak

SARIKEI, 17 Feb: TVS bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat, malah menjadi platform memperkembangkan bakat anak tempatan, kata Datuk Len Talif Salleh.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu stesen televisyen pertama di Sarawak itu amat bermakna terhadap usaha untuk mengangkat tahap industri kreatif di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Len juga berpendapat TVS turut memainkan peranan penting untuk mencungkil kebolehan anak Sarawak dalam pelbagai bidang.

“Dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), misalnya bidang teknikal semakin banyak peluang yang sudah disediakan oleh kerajaan negeri seperti TVS.

“TVS memerlukan kepakaran-kepakaran dalam bidang sinematografi dan animasi untuk menyediakan rancangan-rancangan dalam TVS,” katanya ketika menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Perasmian Dewan SK Sentebu Sarikei, pada Khamis.

Justeru itu, beliau optimis peluang yang disediakan oleh TVS bakal menyediakan lebih banyak pilihan kepada anak Sarawak untuk membina kerjaya masing-masing termasuk bidang baharu, ekonomi digital.

Dalam pada itu, Len menyatakan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pembelajaran anak-anak di sekolah berjalan lancar.

“Jika ada anak kita yang tidak mencapai prestasi akademik yang memuaskan, jangan takut dan marah kerana mungkin minat mereka ditempat yang lain.

Mungkin minat dalam seni seperti salah seorang pelajar tadi yang pandai menari tarian ngajat yang berkemungkinan minat dalam bidang seni tarian, muzik atau lakonan,” katanya lagi.

Oleh yang demikian kata Len, para ibu bapa perlu memberi pujian atau penghargaan kepada anak masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap minat mereka.

“Ini antara kaedah untuk bagaimana kita membangunkan karakter anak-anak kita supaya mereka dapat berdikari dań mempunyai peribadi yang baik serta menjadi pemimpin pada masa yang akan datang,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan