Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penghantar makanan syarikat foodpanda cedera parah selepas motosikal berlanggar dengan sebuah kereta jenis BMW yang membuat pusingan 'U' di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat sini petang tadi. Foto IPD Sibu.

Penghantar makanan parah langgar kereta mewah buat pusingan ‘U’

SIBU, 16 Feb: Seorang penghantar makanan syarikat foodpanda cedera parah selepas motosikalnya melanggar sebuah kereta jenis BMW yang membuat pusingan ‘U’ di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira – kira pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 33 tahun sedang menunggang kenderaannya dari Bulatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu menghala ke pusat bandar.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa dipercayai tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian kiri kereta itu yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu tanpa kecermatan di atas jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan