Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Pertukaran Krew Lembaga Pelabuhan Miri, Pulau Melayu, di sini, hari ini. Foto TVS.

Sarawak harap projek RMK-12 diteruskan menerusi Bajet 2023 – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

MIRI, 16 Feb: Sarawak berharap peruntukan yang lebih besar disalurkan menerusi pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat depan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada masa sama, Premier Sarawak itu berkata, beliau yakin Kerajaan Perpaduan akan meneruskan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di sini.

“Harapan saya, semoga peruntukan (untuk Sarawak) ditambah, namun apabila elaun ahli parlimen kita dikurangkan kepada RM1.3 juta, kita (Sarawak) tidak boleh terlalu berharap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Pertukaran Krew Lembaga Pelabuhan Miri, Pulau Melayu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalannya iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Abang Johari berkata, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi keutamaan kepada negeri yang kurang mendapat keadilan membabitkan aspek agihan peruntukan semasa pertadbiran kerajaan terdahulu.

“Harapan saya ialah supaya Perdana Menteri akan teruskan impian beliau untuk tambah peruntukan kepada Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

“Saya tak pasti kenapa Pulau Pinang termasuk oleh kerana mereka dikatakan lebih maju berbanding Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui yang Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak merupakan antara yang ‘terpinggir’ kerana menerima peruntukan kurang daripada Kerajaan Persekutuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan