Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Foto TVS.

MRC tingkatkan usaha bantu pemain industri getah – Fadillah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) menggandakan usaha untuk meningkatkan permintaan getah tempatan melalui beberapa inisiatif.

Sebagai sokongan kepada pekebun getah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, MRC memberi insentif dan geran kepada pengusaha produk getah yang menghasilkan produk baharu bagi meningkatkan pendapatan pekebun.

“Antara usaha MRC adalah dengan menggalakkan pengkomersialan produk-produk baharu berasaskan getah yang juga produk-produk pelapis kepada produk utama negara berkaitan getah.

“Galakan ini dilaksanakan dengan pemberian insentif, geran berkaitan pengkomersialan dan pembangunan produk baharu daripada MRC.

“Pekebun juga akan dilengkapkan dengan fasilitasi secara hands-on,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Said (Perikatan Nasional – Pokok Sena) yang mahu kerajaan menyatakan tindakan strategik jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan beban penoreh getah berikutan kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Sementara itu, Fadillah menambah, bagi memperkasakan pekebun getah, MRC turut mempelbagaikan usaha meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

“MRC bekerjasama dengan persatuan berkaitan produk getah (MRPMA) untuk mengeluarkan produk baharu berasaskan pokok getah seperti kraf tangan berasaskan daun dan biji getah yang dihasilkan oleh keluarga pekebun kecil getah.

“Selain itu mereka juga diberikan latihan pemasaran serta pengeluaran produk baharu,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan