Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim lawatan singkatnya ke Turkiye semalam (Rabu). Foto: PMO

Gempa Turkiye, Syria: PM Anwar cadang kurnia pingat, elaun khas kepada petugas SMART

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan supaya semua petugas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berkhidmat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye dsn Syria diberikan elaun khas.

Anwar berkata ia termasuk memberikan sijil penghargaan serta pingat khidmat khusus sebagai menghargai pengorbanan serta komitmen petugas terlibat.

“Saya akan bincang dengan Perbendaharaan (mengenai kadar bayaran) mengikut tempoh mereka bertugas,” kata ketika pada sesi Penerangan Menteri-Menteri di bawah Peraturan 14 (1)(i) berhubung lawatan ke Turkiye pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Isnin lepas, Anwar berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau telah memberi persetujuan supaya pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan