Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan singkatnya ke Turkiye semalam. Foto: Pejabat Perdana Menteri

PM bangga akan komited pasukan bantuan Malaysia di Turkiye

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbangga terhadap usaha dan komited pasukan bantuan Malaysia di Turkiye.

Anwar yang mengakhiri lawatan singkatnya ke Turkiye semalam (Rabu) memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau telah dimaklumkan mengenai keberkesanan pasukan bantuan yang dihantar ke negara tersebut oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan barisan kepimpinannya.

“Maklum balas daripada kepimpinan Turkiye dan pemerhatian saya semasa lawatan berkenaan, kita boleh berbangga dengan kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasian SAR mangsa gempa bumi di kawasan tersebut.

“Mereka telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa.

“Secara peribadi, saya menganggap seluruh mereka yang terlibat dalam misi khas mencari dan menyelamat ini sebagai mereka yang amat cekal dan berani.

“Kecekalan mereka untuk berkhidmat di kawasan pusat gempa dan berhadapan dengan cuaca yang ekstrem dan situasi yang amat berbahaya kerana struktur bangunan yang tidak stabil berikutan gempa susulan yang masih berlaku merupakan pengorbanan yang luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan menteri-menteri di bawah peraturan 14 (1)(i) pada 16 februari 2023 berhubung lawatan ke Turkiye di Parlimen hari ini.

Semalam, (15 Feb) Anwar yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengadakan lawatan ke tapak bencana di Nurdagi, Gaziantep, salah satu kawasan yang paling terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi di Turkiye baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menemui Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bagi menzahirkan solidariti dan semangat persaudaraan rakyat Malaysia dengan rakyat Turkiye berikutan bencana yang melanda negara itu.

“Berdasarkan kepada solidariti dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu mereka yang terjejas di Turkiye, pihak kerajaan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan berkaitan.

“Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, individu dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujarnya.

Pasukan bantuan dari Malaysia terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (SMART, NADMA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kor Kesihatan DiRaja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat di bawah misi terbabit ialah MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setakat ini, kekuatan Team Malaysia yang berada di Ground Zero di bawah SMART seramai 140 anggota manakala yang berada di Hospital Medan di Adiyaman pula seramai 110 anggota.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan