Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: PDRM

Tiga lelaki kempunan, dicekup polis ketika sedang pecah masuk bengkel

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Feb: Cubaan tiga lelaki tempatan untuk pecah masuk sebuah premis gagal selepas dicekup polis dalam Op Lejang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek ditahan ketika sedang melakukan kegiatan pecah masuk ke sebuah bengkel kenderaan di Jalan Datuk Bandar Mustapha, Kuching.

“Dua buah kenderaan yang digunakan suspek serta 14 peralatan komponen kenderaan yang dicuri dengan nilai anggaran RM3,000 turut dirampas dalam operasi berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahsmon mendedahkan kesemua suspek tersebut didapati mempunyai 13 rekod jenayah lampau yang melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Hasil saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah,” katanya.

Sementara dalam perkembangan berasingan, Ahsmon memberitahu IPD Kuching juga berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang cuba menjual motosikal yang dicuri kepada sebuah bengkel di Jalan Batu Lintang di sini.

“Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki berkenaan di hadapan bengkel tersebut dan turut merampas sebuah motosikal yang dianggarkan bernilai RM3,500,” jelasnya.

Kedua-dua kes berkenaan masing-masing disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan