SEMATAN, 16 Feb: OperasiĀ mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum yang dikhuatiri hilang di Kuari Batu Perigi, Jalan Kampung Perigi, SematanĀ diperluaskan dengan radius tiga kilometer (km) hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, tujuh anggota pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu melakukan SAR di sekitar kawasan ladang kelapa sawit padaĀ hari kedua kehilangan kanak-kanak berusia dua tahun itu.
“Pencarian mangsa diperluaskan dan pasukan penyelamat dibahagikan kepada dua, dengan kaedah ābase line methodā dalam radius tiga kilometer (km) dari lokasi mangsa dikatakan hilang,” katanya.
Laporan PGO juga mendedahkan operasi terbabit turut melibatkan seramai lima anggota masing-masing dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga empat orang awam.
āKali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari.
āSetelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa berusaha memanggil serta bergegas mencari mangsa dengan bantuan suaminya dan beberapa pekerja sekitar, namun usaha tersebut gagal,ā jelas laporan PGO.
Semalam, kanak-kanak yang mesra dipanggil ‘Bujang’ itu dilaporkan hilang setelahĀ disedari ibunya ketika sedang menunggu suaminya (bapa mangsa) pulang dari kerja di pondok kuari berkenaan.-TVS