Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. Disaksikan Pengarah DBPCS, Abang Haliman Abang Julai (kanan, pertama) serta tetamu kehormat lain.

Sayembara Pidato Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2023 wahana masyarakat majmuk

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 15 Feb: Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak optimis Sayembara Pidato Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2023 menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Menurut Pengarahnya, Abang Haliman Abang Julai, sayembara berkenaan merupakan projek rintis di bawah seliaan DBP Sarawak diadakan bersempena ulang tahun ke-60 Sarawak Merdeka dalam Malaysia.

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.

“DBP Sarawak menyambut dengan penuh keyakinan dan kesungguhan untuk mengadakan Sayembara Pidato Perpaduan apabila saranan ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran AGENDA 2023 Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, di sini hari ini.

Mengakui program berkenaan mendapat sambutan diluar jangka, Abang Haliman berkata sayembara tersebut juga merupakan antara inti pati AGENDA 2023 DBP Cawangan Sarawak.

“Sebanyak 122 aktiviti lain juga dirancang di dalam AGENDA 2023 ini yang merupakan manifestasi program yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak untuk tempoh sepanjang tahun 2023,” ujarnya.

Abang Haliman menambah AGENDA 2023 DBP Sarawak ini menjadi nilai tambah dalam mengetengahkan peranan dan tanggungjawab pihaknya mendekati masyarakat dalam usaha pengukuhan bahasa dan sastera di negeri ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sayembara Pidato Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2023 di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak di sini.

Johan bagi ketegori Sekolah Menengah dimenangi Nor Arissya Yackub yang membawa pulang wang tunai RM500, watikah pengiktirafan dan buku terbitan DBP.

Sementara, johan kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dimenangi oleh Aedryana Lata George; menerima wang tunai RM800 watikah pengiktirafan dan buku terbitan DBP.

Seterusnya johan kategori umum Nur Hasziana Hassim yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, watikah pengiktirafan dan buku terbitan DBP. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan